1. Vape dan E-Cirgarates adalah berbeza !
Sewaktu trend Vape mula bertapak di Malaysia nie kebanyakan orang ramai agak keliru mengenai vape dan e-cirgarates. Walaupun kedua-duanya berbentuk hampir sama. E-cirgarates sebenarnya sangat berbeza berbanding vape.
Vape ialah pengunaan cecair flavour fruity atau creamy yang mengunakan atomizer (baca katrij untuk zaman sekarang) dan tidak membabitkan tembakau sama sekali.
Manakala E-cirgarettes masih mengunakan tembakau cuma pembakaran yang berbeza tak sama mcm rokok konvesional. Cecair Vape yang di gunakan bersama POD atau MOD dijual disemua kedai-kedai vape dan dihasilkan oleh pengeluar tempatan. E-cirgarettes pula dijual di kedai2 serbaneka , stesyen minyak oleh pengeluar rokok antarabangsa seperti BAT dan Philip Morris.
Walaubagaimanapun kedua-kedua masih menghasilkan asap (tak sebusuk rokok konvesional) dan berfungsi sebagai alternatif yang jauh lebih baik berbanding rokok konvesional.
2. PG/VG - Kandungan Cecair Vape bukanlah sebuah tanda tanya.
Walaupun sehingga artikel ini ditulis masih tiada lagi standard khas untuk cecair vape di Malaysia (rundingan mengenai standard ini masih berlansung diantara kerajaan dan industri vape malaysia). Kandungan vape bukan lah rahsia besar yang disorok.
Dan seringkali ratio PG / VG tertera pada kotak pembungkusan vape. Kita akan kupaskan sedikitkan demi sedikit. So teruskan membaca.
Cecair vape mengandungi 4 komponen penting iaitu :
1. [VG] Vegetable Glycerine - yang dihasilkan dari sayu
r-sayuran , tidak mempengaruhi rasa kat cecair vape tersebut tetapi wap air yang dikeluarkan apabila kita hisap vape adalah berasal dari cecair gliserin. Ianya digunakan untuk memberikan sensasi rasa kelembutan cecair vape apabila dihisap.
2. [PG] Propylene Glycol – bersifat lebih nipis dan ringan berbanding [VG] merupakan komponen penting untuk mengikat perisa (flavouring) supaya tidak bertukar rasa dan tahan lama. Digandingkan bersama VG , gabungan PG dan VG ini memberikan rasa “throat hit” (baca sensasi yg hampir sama seperti merokok) kepada vapers. Walaupun ada pihak yang mengatakan PG ini tidak selamat dan merupakan anti freeze ianya sebenarnya diklasikasikan sebagai cecair additive (bahan tambahan) yang selamat digunakan dalam industri makanan dan kosmetik oleh FDA.
3. [NIC] Nikotin – rujuk kepada kedai vape berhampiran anda.
4. [FLAVOURING] Komponen ini merupakan bahan yang memberi rasa. Kalau sesebuah flavour tue mengatakan ianya berasakan kopi maka flavouring kopi yang food gred yang sama akan digunakan sama seperti kita membeli air kopi didalam bentuk tin mcm di mana-mana kedai.
3. KEBANYAKAN PENGUNA VAPE ADALAH PENGUNA VAPE BERNIKOTIN RENDAH
Secara purata kebanyakan penguna vape mengunakan cecair yang vape bernikotin rendah dan ada juga yang tidak mengandungi nikotin sama sekali.
Kenapa cecair vape mengandungi nikotin ? Sebabnya mudah – penguna rokok mahukan alternatif yang lebih selamat berbanding rokok konvesional.
Disebabkan itu, ratio kandungan nikotin kebanyakan cecair vape sekarang bermula dari medium dan high. Medium bermaksud 2 mg hingga ke 6 mg manakala High pula bermaksud mengandungi 6 mg hingga ke 18 mg. Walaubagaimana pun ratio ini berbeza-beza mengikut jenama cecair vape.
Sila rujuk kepada kedai vape berhampiran anda untuk mengetahui ratio sebenar cecair vape tersebut.
Semua orang tahu - cecair vape yang mempunyai nikotin yang tinggi tidak sesuai untuk digunakan oleh kebanyakan orang kecuali untuk perokok tegar (sehari 2 kotak rokok) disebab ianya agak
keras untuk dihisap jika bukan perokok tegar.
4. TIADA SEBUAH KEDAI VAPE YANG MENJUAL VAPE KEPADA ORANG BAWAH UMUR.
Isu mengenai penguna vape bawah umur sebenarnya bukan dijual oleh pemain sebenar industri vape itu sendiri tetapi oleh golongan peniaga yang mahu mengaut untung semata-mata.
Kesemua kedai vape di Malaysia telah sepakat sejak dari beberapa tahun yang lalu tidak akan membenarkan sama sekali golongan bawah umur ini masuk ke premis mereka apa tah lagi menjual kepada golongan tersebut.
Hal ini diburukan lagi dengan kelicikan golongan bawah umur ini membeli produk vape melalui online (melalui shopee dan lazada). Mereka ini mengunakan data pengenalan diri yang palsu untuk mendapatkan barangan vape.
Hasil daripada kempen berterusan oleh MEVTA isu ini berjaya dikawal dengan jayanya malah lebih berjaya membendung ketirisan produk vape kepad golongan bawha umur berbanding isu lain seperti golongan bawah umur mengunakan cyber café.
5. WAP AIR VAPE TIDAK BERBAHAYA SEPERTI ASAP ROKOK KONVESIONAL.
Walaupun pada peringkat awal trend vape ini terkenal dengan wap air / asap yang berkepul-kepul. Kini vape telah melalui fasa perkembangan teknologi yang lebih baik dimana wap air yang dihasilkan oleh penguna vape tidak terlalu banyak seperti dahulu.
Hal yang semua boleh experience adalah – wap air yang dihasilkan oleh peranti vape berbau wangi mengikut flavouring vape tersebut dan tidak meninggalkan kesan bau yang busuk yang melekat seperti bau rokok konvesional.
Penguna vape , KESEMUANYA berasa sangat selesa mengunakan vape disebabkan wap air vape tidak sama sekali melemaskan walaupun digunakan dalam ruang yang kecil seperti didalam kereta.
Beberapa kajian yang dibuat seluruh dunia menunjukan wap air vape jauh lebih selemat berbanding asap rokok konvesional. Sebagai contoh :
https://www.nhs.uk/smokefree/help-and-advice/e-cigarettes
Walaupun begitu , vape tidaklah 100 % bebas risiko. Penguna disarankan mengunakan vape mengikut keperluan untuk berhenti merokok dan tidak sesekali menyalah gunakan vape untuk tujuan lain yang memudaratkan. Kajian-kajian lain sedang rancak dijalankan dan kebanyakan negara maju masih membenarkan pengunaaan vape dikalangan rakyat mereka.
Berminat untuk mengetahui mengenai perkembangan dan review pod dan mod baru di Malaysia ? Boleh tonton youtube channel kami. Klik je dibawah :